Tuesday, February 1, 2011

Ujrah a.k.a Pengurangan Bayaran vs' Pertambahan Pinjaman??

Tarikh : 2hb Feb 2011
Masa : 1.20 pm
Lokasi : Bangi, Selangor

Assalamualaikum...w.t.b.

terase ingin post berkaitan pinjaman PTPTN yg mana pada masa kita telah menjadi isu
yg hangat didebatkan di page2 Facebook yang mana ramai yg tidak puashati
dengan pengurangan bayaran PTPTN iaitu melalui sistem UJRAH
yang mana sistem ini adalah untuk mengurangan caj kos pentadbiran
PTPTN itu sebelum ini sebanyak 3% kepada 1% setahun
sepanjang tempoh pemulangan balik pinjaman...

Setelah dikaji dengan teliti terhadap borang dan surat-surat penjanjian UJRAH..
saya dapati ada beberapa perkara yang boleh dibincangkan dan diperdebatkan..
selain daripada untuk pemikiran anda semua samaada untuk meneruskan
atau memberhentikan pengurangan bayaran pinjaman melalui sistem Ujrah ini...

antaranya yang boleh saya tulis adalah :

1. Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem UJRAH ini
sebenarnya mempunyai helah atau maksud tertentu yang
harus diketahui sebelum menandatangani borang
penjanjian Ujrah ini.

2. Baki yang diambil kira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu,
seperti dalam kes ini - June 2008.

 3. Penjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman
seperti yang terdapat di dalam surat panjanjian asal.

4. Ia menggunakan baki pada tarikh yang berlainan yang mana sebenarnya
menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam
pada bulan June 2000 sehingga Mei 2003 ( selama 3 tahun )

5. Didalam kes diatas, peminjam dikenakan kos pentadbiran sebanyak 3% 
sepanjang tempoh pemulangan bayaran pinjaman iaitu
dari tahun 2003 sehingga 2008.

6. Justeru, jika pinjaman asal berjumlah RM 24,000, dengan dicampur kos pentadbiran
(3% x 5 tahun) akan bernilai RM 3,600. 
Hal ini bermakna jika dicampurkan bersama jumlah pinjaman
RM 24,000 + RM 3,600 = RM 27,600.

7. Dengan beranggapan peminjam belum membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut,
jumlah yang dinilaikan adalah sebanyak RM 27,600.

8. Melalui sistem Ujrah ini, peminjam akan dikenakan kos pentadbiran sebanyak 1%
daripada jumlah RM 27,600 iaitu jika dinilaikan (1% x RM27,600) menjadi
RM276 selama 126 bulan (10.5 tahun) tempoh pemulangan pinjaman.

9. Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM276 x 10.5 tahun iaitu RM 2898.

10. Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah sebanyak
RM 27,600 + RM 2898 = RM 30,498... maka peminjam akan membayar RM 30,498 setelah
hanya meminjam sebanyak RM 24,000.

11. Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman,
atau 27.075% daripada jumlah asal.

12. Sebenarnya, setelah dikira melalui sistem ini adalah helah bagi PTPTN
untuk mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara
pemotongan gaji atau KWSP.

13. Setelah menandatangani perjanjian Ujrah ini, peminjam akan membayar secara
potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada 
membayar pinjaman ini.

14. Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075%
daripada pinjaman asal, dan pembayaran secara terus melalui
pemotongan gaji.

15. Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar
melalui potongan gaji dan bukan sebagai satu "IHSAN" untuk mengurangkan
beban peminjam.

16. Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini
hanya membayar RM50 sebulan, yang entah sampai bila akan habis membayar pinjamannya,
akan membayar RM 200++ sebulan mulai tarikh sistem Ujrah diluluskan.

17. Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara bersih 
atas topeng Syari'ah dan berlandaskan Islam.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Sumbangan : 
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000314406982#!/note.php?note_id=164852440227254&id=711677426

http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

No comments:

Post a Comment