Friday, August 12, 2011

"PAKCIK WAHAB" : Apa Khabar Beliau Sekarang?

anda semua masih teringatkan board ini tak??
kalau anda ini...ingat tak pada Pakcik Wahab??


Pakcik Wahab....
mcm mana eak dengan keadaan beliau sekarang??

sudah pasti ramai yang dah lupakannya...walaupun baru beberapa bulan lepas...

apa pun diri ini masih teringin untuk ke rumah beliau untuk menziarahi...
akan tetapi masa membataskan segalanya...

teringat kembali semasa mengadakan
PROGRAM IKATAN KASIH 2011

membersihkan dan membaiki rumah pakcik wahab..


keadaan rumah sebelum program


Selepas program diadakan...

atau..

jom kita lihat video ini..


atau anda boleh cari di Youtube



http://www.youtube.com/watch?v=HrOUiFoxtYc


bukan untuk menunjuk akan tetapi untuk mengingati insan disana...
sekian..

Sunday, July 31, 2011

MERDEKA!!!

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

laungan keramat oleh Tunku Abd Rahman di Stadium Merdeka 1957..
laungan itulah petanda bahawa kita sudah merdeka
dari jajahan penjajah...
alhamdulillah setelah 54 tahun kemerdekaan....
negara masih lagi aman dan harmoni
hidup dalam satu perpaduan yg sangat jitu
di bawah satu gagasan 1 Malaysia
~RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN~
1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI

hari ini sudah memasuki bulan kemerdekaan...
ayuhh kita sama-sama memasang bendera kebanggan kita
bendera malaysia @ Jalur Gemilang




 walaupun kita berlainan ideologi politik...
akan tetapi kita dari negara Malaysia..
Anda mesti bangga menjadi rakyat Malaysia
hidup dalam keadaan aman dan harmoni...

semoga di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia....
akan menjadikan Malaysia lebih maju dan mencapai Wawasan 2020..
serta Malaysia akan lebih aman dan rakyat bersatu padu...


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54
1 MALAYSIA

 

~SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK~

Assalamualaikum w.t.b.
Salam 1 Malaysia...
hyeee...!!

::wahhh...lame aku tak "UPDATE" blog nih...::
::rasenyer dekat 5 bulan lebih aku tak update nih...::
::biaselah bz skit...::
::sekarang nih aku bukan lagi di KUANTAN...::
::akan tetapi sudah berada di UPM...::

::untuk meneruskan pengajian ijazah di tahun ke-2...::
::dalam bidang Pentadbiran Perniagaan::

::sebelum nih aku di UCSA::
::ktorg terpakse dipindah ke UPM atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...::
::dan atas arahan pengurusan UPMet dan UPM Holdings...::
::apa2 pon dah sebulan kami disini...::
::Alhamdulillah...::
DAN haRi iNi...!!
haRi perTamA saYa berPuaSe di UpM SeRdanG...
aPa2 pOn belUm teRlewAt unTuK saYa..
menGucaP kaN seLamaT berPuaSE...
jGn puaSe YanK YooKK yee!!
so jUmpe lagi di EntrY yg lain....
assalamuaLaiKum...

Saturday, February 19, 2011

PROGRAM KURSUS SEMBELIHAN

Ustaz Asmadi dan En. Fadzil antara org kuat yang bertungkus lumus
menjadikan program ini meriah.

SEMBELIH...Mohd Yusof menunjukkan cara sembelihan yang betul kepada
para pelajar dan jemaah masjid.


antara pelajar Shahputra yang hadir dan menunggu giliran untuk
mencuba sembelih ayam.



Ustaz Asmadi menunjukkan cara siang ayam yg sebenar...
sehingga penat duduk...beliau berdiri pula hehehe

inilah antara aktiviti kami...membakar ayam...
BAKAR...BAKAR...BAKAR...

 antara pelajar yang sama-sama sembelih ayam


walaupun perempuan...tetapi berjaya juga sembelih ayam...
ada juga antara pelajar laki yang tak nak sembelih...
hahahhaha

 group yang bersihkan ayam...mulut pun turut bercakap...

aktiviti pembersihan jam 3 ptg...

walaupun penat tetapi kami sangat seronok kerana mendapat pengalaman baru menyembelih ayam...
sebanyak 40 ekor ayam + 15 ekor burung merpati disembelih...

::Petikan Akhbar KSP:: 35 Pelajar UPM Menyertai Kursus Sembelihan

SEMBELIH...Yusof (kanan) menunjukkan cara penyembelihan yang
betul mengikut hukum syarak.

KUANTAN, 19 Feb, Seramai 35 orang pelajar Universiti Putra Malaysia, Kolej Shahputra yang mengambil subjek PRT2008:Pertanian dan Manusia menghadiri Kursus Sembelihan Binatang Ternakan anjuran Jabatan Perhubungan Mahasiswa (JPM) Kolej Shahputra bersama Jabatan Agama Islam Kuantan, Jabatan Veterinar Kuantan dan Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Indera Mahkota Kuantan, semalam.

Program yang julung kalinya diadakan oleh pihak kolej itu adalah bermatlamat supaya setiap pelajar mengetahui  tentang bagaimana cara untuk menyembelih binatang mengikut hukum syarak khususnya binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing dan lembu. Menurut Pengarah JPM, Asmadi Abd Rahman, "kursus ini merupakan program pertama yang dibuat oleh pihak kolej sejak dari penubuhan kolej 15 tahun yang lepas, ia mendapat perhatian daripada pelajar kerana kursus ini melibatkan amali dan patrikal".katanya.

Pegawai Unit Pemeriksaan Veterinar Kuantan, Mohd Yusof Mohamad berkata, "saya dapati pengetahuan terhadap ilmu penyembelihan binatang ternakan ini khususnya ayam amat kurang diberi penekanan, ini menyebabkan kita ragu-ragu dengan status Halal semasa membeli ayam di pasar. dengan adanya program seperti ini, ia dapat memberi kita ilmu tentang penyembelihan sekaligus mengetahuo cara penyembelihan yang betul". katanya selepas memberikan ceramah berkaitan penyembelihan halal disini.

Selain daripada ceramah yang diberikan, pelajar juga diberikan pengalaman untuk menyembelih ayam yang mana dibimbing oleh Mohd Yusof. Sebanyak 40 ekor ayam dan 15 ekor burung merpati di sembelih untuk dijadikan jamuan yang dimasak secara gotong royong. mhhbas

Thursday, February 17, 2011

KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA

assalamualaikum w.t.b &
Salam 1 Malaysia

::mesti korg terkejut kan kenapa aku tulis entry nih::
::bukan sbb aku nak mohon undi::
::bukan juga sbb aku mohon simpati::
::sbb aku post entry nih::
::adalah disbbkan aku BANGGA dengan kolej aku::
::hahahahhahaha::
::tidak percaya kan??::
::aku sama cam tu tak percaya gak hehehe::
 ::whatever lah....::
::Untuk makluman korg...::
SHAHPUTRA dalam perjalanan (OTW) untuk dinaik taraf::
::sebagai KOLEJ UNIVERSITI
::tu sebab aku bangga ngan kolej aku::
::bukan senang nak dapat title nih::
::kalau tidak melainkan aset + kewangan yang kukuh::
::bak kata lecterer Ekonomi aku::
::pelaburan itu untuk keuntungan masa depan::
::so...skrg aku dah nampak dah::
::pelaburan tu ada didepan mata..::
::nih salah satu "bunting" yg dipasang disekitar::
Kolej Universiti Shahputra
::mungkin ini salah satu promosi::
::yg mana akan menaikkan lagi promosi::
::terhadap SHAHPUTRA..::

::selain itu..::
::pada 26 & 27hb Feb nih::
::SHAHPUTRA akan mengadakan::
KARNIVAL PENDIDIKAN SHAHPUTRA
::di East Cost Mall (ECM) Kuantan::
::buat julung2 kalinya selama aku 4 tahun kat sini...::

-antara banner yg dipasang-

::antara aktiviti yang dibuat sepanjang karnival nih::
adalah :

::walaupun tak nampak apa senarai aktiviti tersebut::
::aku boleh tulis satu dua lah::
antaranya:
Persembahan Tarian
Pendaftaran Kolej terbuka (Lepasan SPM)
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Top Host Competition (by:NurFarahin Jamsari TV3)
Fashion Show
Live Performance
::dan banyak lagi lah...::

::kalau korang ada masa::
::datang lah jenguk2 kat ECM uh..::

::ok lah...aku pun naik pelik dah nih...::
::nape aku bercakap ttg kolej aku...::
apa2 pun..
SELAMAT MALAM

-CATUR BISTARI-

Catur Bistari...
best permainan ini...
menguji minda...
menguji strategi kita...
menguji mental dan emosi kita...
dan yg paling penting...
menguji jumlah keluar masuk duit kita....
sapa yg amik kos bisness sudi2 lah main CATUR BISTARI nih...
confirm anda akan ddk 3 jam tanpa bergerak...
BEST...SYOK...HAPPY...STRATEGY MANAGEMENT IS IMPORTANT...
hahahhaha

permainan ini anda boleh dapati di KFC...
harga rasenye dalam RM100 kebawah...
tp ktorg main guna peralatan yg dibekalkan oleh KFC kepada kolej...
huhuhu untung beb...

Wednesday, February 16, 2011

STUDY!!! test 1 SKP

wahh..!! ari nih tak tahu lah knp nak tls pasal TEST 1 lak...

tak pe lah aku 'share' ngan kowg lah...
sblum ktorg masuk ke dalam MPH...
ktorg stdy bersama....


untuk bersama berkorban utk menjawab soalan2 panas SKP...
huhuhu walaupun pelbagai latihan...
pelbagai ulangkaji...tapi.......
kami tetap berjaya menjawab dengan cemerlang....

 apa2 pun ktorg dah berjaya menjawab dengan cemerlang...
hahahhaha
thanks to Fakulti Ekologi & Manusia...
soalan anda senang sekali..
hahahhaha

Tuesday, February 15, 2011

-hari paling penat-

Assalammualaikum...
hari ni pahang cuti kerana menyambut Maulidur Rasul SAW..
walaupun cuti...akan tetapi banyak tugasan perlu diselesaikan...
dan juga study untuk test esok...
rasenyer baru bulan lepas daftar masuk sem 2...
last2 dah ada test pulak bulan nih...
test 1 lak tu...walaupun hanya 1 subjek...
tetapi disebabkan benda itu fakta...
ia membuatkan aku mengantuk sesangat hari ini...

sampai kan aku tertido huhuhu
ehmm minggu nih juga aku perlu siapkan beberapa tugasan
yang mana akan dihantar pada awal bulan 3 nih...
"OB"?? satu soalan pun tak siap lagi...
SKP?? dalam perjalanan lagi...
ECN??? perlu buat apa eak??
ACT?? urmm tu bulan 4 kan hantar???
BBI?? hampir siap...
hahahahha cam tu lah perangai aku...
suka bertangguh...
apa2 pun aku ucapkan GOOD LUCK kepada kawan2 ku
yang akan mengambil test 1 esok...
huhuhu
selamat kita berjuang hingga titisan terakhir 

Saturday, February 12, 2011

TERJAH!!! untuk mendapat kepastian!!

Terjah!! Untuk mendapat kepastian!!

mungkin anda tertnya2 knp aku tulis tajuk begitu???
hahaha sbb aku igt kata-kata Nas Ahmad (team Melodi) hahahha
ia berkaitan ngan projek yang bakal ktorg lakukan pada bulan April ini...
walaupun proposal blum di approve kan lagi...
tapi ktorg sudah rase yg group ktorg akan menang hehehe
maka dengan itu kami bersama2 pergi TERJAH!!
tempat yang bakal kami lakukan aktiviti...
kat mana??? tunggu jap :-))

petang jumaat selepas makan tengahari lebih kurang jam 3.00 ptg...
ktorg <aku, iskandar, faiz, MeQna, Noor, Sheema & Che ku>
pergi menerjah kem ini... iaitu kem :-

kat mana kem ini??? hah nih yg nak cerita ni..
kem nih terletak kat Gambang Kuantan Pahang...
bersebelahan dengan PLKN Sg. Semuji...
tempat sgt mengasyikkan dan sesuai untuk program berbentuk kepimpinan...
sbb apa aku berkata sedemikian???
sbb projek yg bakal kami buat adalah
rahsia
dirahsiakan sbb blum approve lagi hahahhaha
harap maaf lah ye hehehe

InsyaAllah program ini akan mendapat persetujuan pihak atasan..
walaupun bajet yang dianggarkan tinggi...
tetapi ia bersesuai dengan keadaan tempat tersebut...
yg penting 6 kali makan hehehhe 

yg penting suasana disana mendamaikan..
tanya lah kepada mereka yg sudah pergi..
termasuk dylaa...kak ika dan mek juna...
terpegun dieorg hahahha

Apa2 pun post yg aku buat nih bukan nak mintak simpati...
akan tetapi nak promosikan
KEM AGRO RESORT SG. SEMUJI
GAMBANG KUANTAN
kepada anda semua untuk bercuti atau beriadah...
mmg releks tension kalu pi sini...tenang beb...
hahahahhahaha

Friday, February 11, 2011

Valentine's Day : Kenapa disambut?

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE


Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya. 

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. 

Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. 

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum Menyambut Hari Valentine
 
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
Sumbangan artikel daripada :
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=2&thread_id=1076&pid=10854#post_10854
http://akob73.blogspot.com/2009/02/hukum-menyambut-hari-valentine.html
dan sumber yg dipercayai..

Thursday, February 10, 2011

Mari Dengar Cerita - Senyuman di Petang Hari...

 ::cerita ini aku dapat daripada rakan facebook ku::
::thanks sebab buat aku senyum petang-petang ini::

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa biru tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak" jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo10.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo10 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa biru tengah cucuk angin evo10 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!" hahahahhaa

::tak tahu lah cerita ini buat anda gelak atau tak hehehe::