SEMBELIH...Yusof (kanan) menunjukkan cara penyembelihan yang
betul mengikut hukum syarak.
KUANTAN, 19 Feb, Seramai 35 orang pelajar Universiti Putra Malaysia, Kolej Shahputra yang mengambil subjek PRT2008:Pertanian dan Manusia menghadiri Kursus Sembelihan Binatang Ternakan anjuran Jabatan Perhubungan Mahasiswa (JPM) Kolej Shahputra bersama Jabatan Agama Islam Kuantan, Jabatan Veterinar Kuantan dan Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Indera Mahkota Kuantan, semalam.
Program yang julung kalinya diadakan oleh pihak kolej itu adalah bermatlamat supaya setiap pelajar mengetahui tentang bagaimana cara untuk menyembelih binatang mengikut hukum syarak khususnya binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing dan lembu. Menurut Pengarah JPM, Asmadi Abd Rahman, "kursus ini merupakan program pertama yang dibuat oleh pihak kolej sejak dari penubuhan kolej 15 tahun yang lepas, ia mendapat perhatian daripada pelajar kerana kursus ini melibatkan amali dan patrikal".katanya.
Pegawai Unit Pemeriksaan Veterinar Kuantan, Mohd Yusof Mohamad berkata, "saya dapati pengetahuan terhadap ilmu penyembelihan binatang ternakan ini khususnya ayam amat kurang diberi penekanan, ini menyebabkan kita ragu-ragu dengan status Halal semasa membeli ayam di pasar. dengan adanya program seperti ini, ia dapat memberi kita ilmu tentang penyembelihan sekaligus mengetahuo cara penyembelihan yang betul". katanya selepas memberikan ceramah berkaitan penyembelihan halal disini.
Selain daripada ceramah yang diberikan, pelajar juga diberikan pengalaman untuk menyembelih ayam yang mana dibimbing oleh Mohd Yusof. Sebanyak 40 ekor ayam dan 15 ekor burung merpati di sembelih untuk dijadikan jamuan yang dimasak secara gotong royong. mhhbas
No comments:
Post a Comment