Saturday, February 19, 2011

PROGRAM KURSUS SEMBELIHAN

Ustaz Asmadi dan En. Fadzil antara org kuat yang bertungkus lumus
menjadikan program ini meriah.

SEMBELIH...Mohd Yusof menunjukkan cara sembelihan yang betul kepada
para pelajar dan jemaah masjid.


antara pelajar Shahputra yang hadir dan menunggu giliran untuk
mencuba sembelih ayam.



Ustaz Asmadi menunjukkan cara siang ayam yg sebenar...
sehingga penat duduk...beliau berdiri pula hehehe

inilah antara aktiviti kami...membakar ayam...
BAKAR...BAKAR...BAKAR...

 antara pelajar yang sama-sama sembelih ayam


walaupun perempuan...tetapi berjaya juga sembelih ayam...
ada juga antara pelajar laki yang tak nak sembelih...
hahahhaha

 group yang bersihkan ayam...mulut pun turut bercakap...

aktiviti pembersihan jam 3 ptg...

walaupun penat tetapi kami sangat seronok kerana mendapat pengalaman baru menyembelih ayam...
sebanyak 40 ekor ayam + 15 ekor burung merpati disembelih...

::Petikan Akhbar KSP:: 35 Pelajar UPM Menyertai Kursus Sembelihan

SEMBELIH...Yusof (kanan) menunjukkan cara penyembelihan yang
betul mengikut hukum syarak.

KUANTAN, 19 Feb, Seramai 35 orang pelajar Universiti Putra Malaysia, Kolej Shahputra yang mengambil subjek PRT2008:Pertanian dan Manusia menghadiri Kursus Sembelihan Binatang Ternakan anjuran Jabatan Perhubungan Mahasiswa (JPM) Kolej Shahputra bersama Jabatan Agama Islam Kuantan, Jabatan Veterinar Kuantan dan Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Indera Mahkota Kuantan, semalam.

Program yang julung kalinya diadakan oleh pihak kolej itu adalah bermatlamat supaya setiap pelajar mengetahui  tentang bagaimana cara untuk menyembelih binatang mengikut hukum syarak khususnya binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing dan lembu. Menurut Pengarah JPM, Asmadi Abd Rahman, "kursus ini merupakan program pertama yang dibuat oleh pihak kolej sejak dari penubuhan kolej 15 tahun yang lepas, ia mendapat perhatian daripada pelajar kerana kursus ini melibatkan amali dan patrikal".katanya.

Pegawai Unit Pemeriksaan Veterinar Kuantan, Mohd Yusof Mohamad berkata, "saya dapati pengetahuan terhadap ilmu penyembelihan binatang ternakan ini khususnya ayam amat kurang diberi penekanan, ini menyebabkan kita ragu-ragu dengan status Halal semasa membeli ayam di pasar. dengan adanya program seperti ini, ia dapat memberi kita ilmu tentang penyembelihan sekaligus mengetahuo cara penyembelihan yang betul". katanya selepas memberikan ceramah berkaitan penyembelihan halal disini.

Selain daripada ceramah yang diberikan, pelajar juga diberikan pengalaman untuk menyembelih ayam yang mana dibimbing oleh Mohd Yusof. Sebanyak 40 ekor ayam dan 15 ekor burung merpati di sembelih untuk dijadikan jamuan yang dimasak secara gotong royong. mhhbas

Thursday, February 17, 2011

KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA

assalamualaikum w.t.b &
Salam 1 Malaysia

::mesti korg terkejut kan kenapa aku tulis entry nih::
::bukan sbb aku nak mohon undi::
::bukan juga sbb aku mohon simpati::
::sbb aku post entry nih::
::adalah disbbkan aku BANGGA dengan kolej aku::
::hahahahhahaha::
::tidak percaya kan??::
::aku sama cam tu tak percaya gak hehehe::
 ::whatever lah....::
::Untuk makluman korg...::
SHAHPUTRA dalam perjalanan (OTW) untuk dinaik taraf::
::sebagai KOLEJ UNIVERSITI
::tu sebab aku bangga ngan kolej aku::
::bukan senang nak dapat title nih::
::kalau tidak melainkan aset + kewangan yang kukuh::
::bak kata lecterer Ekonomi aku::
::pelaburan itu untuk keuntungan masa depan::
::so...skrg aku dah nampak dah::
::pelaburan tu ada didepan mata..::
::nih salah satu "bunting" yg dipasang disekitar::
Kolej Universiti Shahputra
::mungkin ini salah satu promosi::
::yg mana akan menaikkan lagi promosi::
::terhadap SHAHPUTRA..::

::selain itu..::
::pada 26 & 27hb Feb nih::
::SHAHPUTRA akan mengadakan::
KARNIVAL PENDIDIKAN SHAHPUTRA
::di East Cost Mall (ECM) Kuantan::
::buat julung2 kalinya selama aku 4 tahun kat sini...::

-antara banner yg dipasang-

::antara aktiviti yang dibuat sepanjang karnival nih::
adalah :

::walaupun tak nampak apa senarai aktiviti tersebut::
::aku boleh tulis satu dua lah::
antaranya:
Persembahan Tarian
Pendaftaran Kolej terbuka (Lepasan SPM)
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Top Host Competition (by:NurFarahin Jamsari TV3)
Fashion Show
Live Performance
::dan banyak lagi lah...::

::kalau korang ada masa::
::datang lah jenguk2 kat ECM uh..::

::ok lah...aku pun naik pelik dah nih...::
::nape aku bercakap ttg kolej aku...::
apa2 pun..
SELAMAT MALAM

-CATUR BISTARI-

Catur Bistari...
best permainan ini...
menguji minda...
menguji strategi kita...
menguji mental dan emosi kita...
dan yg paling penting...
menguji jumlah keluar masuk duit kita....
sapa yg amik kos bisness sudi2 lah main CATUR BISTARI nih...
confirm anda akan ddk 3 jam tanpa bergerak...
BEST...SYOK...HAPPY...STRATEGY MANAGEMENT IS IMPORTANT...
hahahhaha

permainan ini anda boleh dapati di KFC...
harga rasenye dalam RM100 kebawah...
tp ktorg main guna peralatan yg dibekalkan oleh KFC kepada kolej...
huhuhu untung beb...

Wednesday, February 16, 2011

STUDY!!! test 1 SKP

wahh..!! ari nih tak tahu lah knp nak tls pasal TEST 1 lak...

tak pe lah aku 'share' ngan kowg lah...
sblum ktorg masuk ke dalam MPH...
ktorg stdy bersama....


untuk bersama berkorban utk menjawab soalan2 panas SKP...
huhuhu walaupun pelbagai latihan...
pelbagai ulangkaji...tapi.......
kami tetap berjaya menjawab dengan cemerlang....

 apa2 pun ktorg dah berjaya menjawab dengan cemerlang...
hahahhaha
thanks to Fakulti Ekologi & Manusia...
soalan anda senang sekali..
hahahhaha

Tuesday, February 15, 2011

-hari paling penat-

Assalammualaikum...
hari ni pahang cuti kerana menyambut Maulidur Rasul SAW..
walaupun cuti...akan tetapi banyak tugasan perlu diselesaikan...
dan juga study untuk test esok...
rasenyer baru bulan lepas daftar masuk sem 2...
last2 dah ada test pulak bulan nih...
test 1 lak tu...walaupun hanya 1 subjek...
tetapi disebabkan benda itu fakta...
ia membuatkan aku mengantuk sesangat hari ini...

sampai kan aku tertido huhuhu
ehmm minggu nih juga aku perlu siapkan beberapa tugasan
yang mana akan dihantar pada awal bulan 3 nih...
"OB"?? satu soalan pun tak siap lagi...
SKP?? dalam perjalanan lagi...
ECN??? perlu buat apa eak??
ACT?? urmm tu bulan 4 kan hantar???
BBI?? hampir siap...
hahahahha cam tu lah perangai aku...
suka bertangguh...
apa2 pun aku ucapkan GOOD LUCK kepada kawan2 ku
yang akan mengambil test 1 esok...
huhuhu
selamat kita berjuang hingga titisan terakhir 

Saturday, February 12, 2011

TERJAH!!! untuk mendapat kepastian!!

Terjah!! Untuk mendapat kepastian!!

mungkin anda tertnya2 knp aku tulis tajuk begitu???
hahaha sbb aku igt kata-kata Nas Ahmad (team Melodi) hahahha
ia berkaitan ngan projek yang bakal ktorg lakukan pada bulan April ini...
walaupun proposal blum di approve kan lagi...
tapi ktorg sudah rase yg group ktorg akan menang hehehe
maka dengan itu kami bersama2 pergi TERJAH!!
tempat yang bakal kami lakukan aktiviti...
kat mana??? tunggu jap :-))

petang jumaat selepas makan tengahari lebih kurang jam 3.00 ptg...
ktorg <aku, iskandar, faiz, MeQna, Noor, Sheema & Che ku>
pergi menerjah kem ini... iaitu kem :-

kat mana kem ini??? hah nih yg nak cerita ni..
kem nih terletak kat Gambang Kuantan Pahang...
bersebelahan dengan PLKN Sg. Semuji...
tempat sgt mengasyikkan dan sesuai untuk program berbentuk kepimpinan...
sbb apa aku berkata sedemikian???
sbb projek yg bakal kami buat adalah
rahsia
dirahsiakan sbb blum approve lagi hahahhaha
harap maaf lah ye hehehe

InsyaAllah program ini akan mendapat persetujuan pihak atasan..
walaupun bajet yang dianggarkan tinggi...
tetapi ia bersesuai dengan keadaan tempat tersebut...
yg penting 6 kali makan hehehhe 

yg penting suasana disana mendamaikan..
tanya lah kepada mereka yg sudah pergi..
termasuk dylaa...kak ika dan mek juna...
terpegun dieorg hahahha

Apa2 pun post yg aku buat nih bukan nak mintak simpati...
akan tetapi nak promosikan
KEM AGRO RESORT SG. SEMUJI
GAMBANG KUANTAN
kepada anda semua untuk bercuti atau beriadah...
mmg releks tension kalu pi sini...tenang beb...
hahahahhahaha