Wednesday, February 9, 2011

-Hot & Roll Paratha- @ ECM

::ini lah aktiviti aku petang tadi::
::apabila ada "masa terluang" yg panjang sebelum kelas::
::dah lah kelas jam 4.30 petang::
::maka nya ada "masa terluang" dari 2.30-4.30 iaitu hampir 2 jam::
::maka kitaorg pergilah melawat ECM a.k.a East Cost Mall::
::untuk merehatkan minda dengan 'terapi' shopping::
::sebelum memasuki kelas 'paling ngantuk'::
::iaitu MIKROEKONOMI::
::antara makanan yg kami beli untuk mengisi perut::
::iaitu BBQ Chikens Paratha::
::di Hot & Roll aras 2 ECM::
::berhadapan Pakson::

::anda sume pernah nampak gerai ini??::

 ::antara menu yang ada::

 ::nih yang kami order::
::bertungkus lumus mereka menyiapkan hehehe::
::azlan & Iskandar::
::kami tidak PONTENG kuliah okeyh::
::apa2 pun BBQ Chicken Paratha memang terbaekkk::
::rase kelazatan itu sampai ke kunyahan terakhir::

>:: CUBE JANGAN TAK CUBE ::<
 

Tuesday, February 8, 2011

Angka 2011?? Kuasa Allah S.W.T..

Assalamualaikum...

::terasa apabila bangun pagi nih::
::minda ku kurang berfungsi disebabkan selesema::
::namun itu tidak menjadi masalah::
::untuk aku meng'update' maklumat dalam blog ini::

::apabila aku membaca 'wall status' didalam 'facebook'::
::banyak status yang menarik perhatian ku::
::dan yang paling aku suka adalah status Nanie Yasak::
::salah seorang rakan kenalan di facebook::

::apa yang menarik perhatian ku ini::
::ini yang aku nak kongsikan::
Tahun 2011 mempunyai empat tarikh aneh: 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, 11/11/11. Cuba anda ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda,dan dicampur dengan umur anda pada tahun ini..hasilnya pasti = 111...Hebatnya kuasa ALLAH SWT..^^
::anda perasaan tak yg sebenarnya tahun ini amat istimewa::
 >>sebagai contoh<<
89+22 = 111

 

Pusat Rekeasi Taman Bandar

 jam 5.45 petang...aku bersama housemate ku
ber'jogging' di Taman Bandar
tempat yang paling popular bagi penduduk Indera mahkota
untuk beriadah bersama keluarga...




 Permandangan kawasan tasik yang indah

 masih kurang orang di kala ini...

 cantikkk dohh!!

 Sunyi sepi...

 Housemate aku...baru pusing 2 kali dah "angkat bendera putih"
hahahahhaa

cool..
 
 
 antara "port" yg dikenalpasti pada waktu malam...
ye ker??

walaupun aku mengalami selsema...dapat jua aku menghirup udara tasik diwaktu petang...
sungguh nyaman....aku bergerak pulang bile senja hampir melabuhkan tirai...
6.45 pm... :-))

~Dinner~ - Nasi Goreng Daging Rusa

Nasi Goreng Daging Rusa

::menu makan malam yang terbaik::
::sbb apa?? sbb makan benda nih boleh kenyang smpi malam esok::
::aku tak tipu, aku berani jamin sbb aku dah cube::
::makanan nih ada kat kuantan jer::
::murah mmg murah::
::RM5.00++ anda akan menerima seperti diatas::
::nak minum air??? cume tambah RM1.00 je untuk semua jenis air::
::MURAH tak???::
::tak percaye kan??? jom!!! Meyh lah try yokk::
::nak tahu lebih lanjut??::
::kedai nih terletak di Perkampungan Cenderawasih::
::betul2 di tapak pasar malam Cenderawasih::
::name kedai tu : Kedai Mee Udang Banjir::
::klu lain : ada senarai Menu yang panjang dan ada tulis RUSA::

JOM LAH TRY...MEYH RAMAI-RAMAI KE KUANTAN
hehehehe

Monday, February 7, 2011

PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA...

ke Cameron Highlands
Pahang..
pada 3hb-5hb Feb 2011
sempena menyambut Tahun Baru Cina...
kteorg sekeluarga 
membuat Hari Keluarga
di Pusat Peranginan ini...
Jom!!! lihat bersama aktiviti kami....
 

:: sebelum gerak tu...akak2 aku dah sediakan makanan dan 
sedikit muffin cake choc ::
:: akhirnya aku tak makan jua ::
:: ntah kemana 'dia' menghilang ::



:: nih aku...sebagai S/U terhormat ::
:: sebelum perjalanan pastikan semua barang sudah siap ::
:: tentatif perjalanan pun diedarkan ::
:: ada gaya boss tak?? hehehe ::

:: bergambar kenangan di hadapan umah sebelum bergerak ::
:: bergerak pukul 7.10 am ::



:: berhenti berehat di Perhentian Sebelah ::
:: makan sarapan yang  di'tapau' oleh akak ::
:: makan nasi impit bersama ayam goreng ::
:: berehat 30 minit sebelum bergerak ::



:: laluan perjalanan yg penuh berliku ::
:: berhati-hati di jalan raya ::
:: apa2 pun best perjalanan kali ini ::
:: mencabar ::



:: berhenti sebentar di Tea House Bharat ::
:: melepaskan kepenatan ::
:: janji bergambar itu WAJIB ::
HAHHAHAHAh

:: bersama mak dan ayah di tea house ::

:: ni lah Hotel penginapan kami ::
:: Star Regency Hotel & Apartment ::
Brinchang C.H



 :: Aktiviti pertama ::
:: jalan2 di 'Night Market' Brinchang ::

:: aktiviti ke-2 ::
:: Bee Farm ::

:: Aktiviti ke-3 ::
:: Taman Rama-Rama ::

 :: membeli belah di Kea Farm ::

:: mencari cenderahati ::

 :: bersama anak buah ku ::

 :: aktiviti ke-4 ::
:: Cactus Valley ::

:: Happy family ::


ni je lah yg mampu aku upload gambar...penat deh...
lain post aku upload lg gambar2 huhuh
k papaiii

Tuesday, February 1, 2011

Ujrah a.k.a Pengurangan Bayaran vs' Pertambahan Pinjaman??

Tarikh : 2hb Feb 2011
Masa : 1.20 pm
Lokasi : Bangi, Selangor

Assalamualaikum...w.t.b.

terase ingin post berkaitan pinjaman PTPTN yg mana pada masa kita telah menjadi isu
yg hangat didebatkan di page2 Facebook yang mana ramai yg tidak puashati
dengan pengurangan bayaran PTPTN iaitu melalui sistem UJRAH
yang mana sistem ini adalah untuk mengurangan caj kos pentadbiran
PTPTN itu sebelum ini sebanyak 3% kepada 1% setahun
sepanjang tempoh pemulangan balik pinjaman...

Setelah dikaji dengan teliti terhadap borang dan surat-surat penjanjian UJRAH..
saya dapati ada beberapa perkara yang boleh dibincangkan dan diperdebatkan..
selain daripada untuk pemikiran anda semua samaada untuk meneruskan
atau memberhentikan pengurangan bayaran pinjaman melalui sistem Ujrah ini...

antaranya yang boleh saya tulis adalah :

1. Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem UJRAH ini
sebenarnya mempunyai helah atau maksud tertentu yang
harus diketahui sebelum menandatangani borang
penjanjian Ujrah ini.

2. Baki yang diambil kira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu,
seperti dalam kes ini - June 2008.

 3. Penjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman
seperti yang terdapat di dalam surat panjanjian asal.

4. Ia menggunakan baki pada tarikh yang berlainan yang mana sebenarnya
menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam
pada bulan June 2000 sehingga Mei 2003 ( selama 3 tahun )

5. Didalam kes diatas, peminjam dikenakan kos pentadbiran sebanyak 3% 
sepanjang tempoh pemulangan bayaran pinjaman iaitu
dari tahun 2003 sehingga 2008.

6. Justeru, jika pinjaman asal berjumlah RM 24,000, dengan dicampur kos pentadbiran
(3% x 5 tahun) akan bernilai RM 3,600. 
Hal ini bermakna jika dicampurkan bersama jumlah pinjaman
RM 24,000 + RM 3,600 = RM 27,600.

7. Dengan beranggapan peminjam belum membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut,
jumlah yang dinilaikan adalah sebanyak RM 27,600.

8. Melalui sistem Ujrah ini, peminjam akan dikenakan kos pentadbiran sebanyak 1%
daripada jumlah RM 27,600 iaitu jika dinilaikan (1% x RM27,600) menjadi
RM276 selama 126 bulan (10.5 tahun) tempoh pemulangan pinjaman.

9. Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM276 x 10.5 tahun iaitu RM 2898.

10. Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah sebanyak
RM 27,600 + RM 2898 = RM 30,498... maka peminjam akan membayar RM 30,498 setelah
hanya meminjam sebanyak RM 24,000.

11. Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman,
atau 27.075% daripada jumlah asal.

12. Sebenarnya, setelah dikira melalui sistem ini adalah helah bagi PTPTN
untuk mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara
pemotongan gaji atau KWSP.

13. Setelah menandatangani perjanjian Ujrah ini, peminjam akan membayar secara
potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada 
membayar pinjaman ini.

14. Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075%
daripada pinjaman asal, dan pembayaran secara terus melalui
pemotongan gaji.

15. Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar
melalui potongan gaji dan bukan sebagai satu "IHSAN" untuk mengurangkan
beban peminjam.

16. Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini
hanya membayar RM50 sebulan, yang entah sampai bila akan habis membayar pinjamannya,
akan membayar RM 200++ sebulan mulai tarikh sistem Ujrah diluluskan.

17. Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara bersih 
atas topeng Syari'ah dan berlandaskan Islam.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Sumbangan : 
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000314406982#!/note.php?note_id=164852440227254&id=711677426

http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Blog Ku Blog Mu Jua

Hiiii... Salam 1 Malaysia

:: akhirnya termuncul jua blog ku yang korang tunggu-tunggu hehhehee :: 

:: thanks to Darwisy Fakhruddin (awisdablog.blogspot.com) ::
:: hazwani syaza (aliensdrbumi.blogspot.com) ::
:: yang membantu dan menyiapkan blog nih :: 
:: mybe akan ku buat kann blog nih seperti facebook untuk kita berhubung hahhahaha {poyoooo} ::
:: akhir kata...budak dua ekor kat sebelah nih dah bising ::
:: dan jam menunjukkan 2.42 pagi...:: 
:: jumpa lagi pada page blog akan datang...::
papaiiiiiiiiii..................